NM FORLOVES LEGACY

Wednesday, 8 September 2021

SMALL BUSINESS UPDATES !

 Assalamualaikum..

Masih ada orang baca blog tak ni? Ramai dah melekat dekat instagram and mostly tiktok. Kalau ada yang baca, say HI pleasee dekat komen. 


A quick updates about my small business. Dah lama tak menaip, jadi macam kita buat quick updates je la. 

Sebelum ni, siapa ada yang follow my story thanks. Saya pernah berniaga blouse, tudung, beg dan banyak lagi. Now, I have done my degree life. I am not expected to be in this field of business. 


SKINCARE AND BEAUTY


Brands in store :

ZarZou Beauty
Beyouty Cosmetic 
Cerave
Axis-Y
The Ordinary
Good Molecules
The Inkey List
3W Clinic


FOLLOW ME ON INSTAGRAM

JOIN OUR SKINCARE CHANNEL

Saya juga tengah berjinak-jinak dalam digital creator.
InsyaAllah more content on skincare tips and tricks.

*since dah join shopee ambassador. hehe . wish me luck.

I really hope you guys can support me. If you are reading this and reach my igshop, please dm to let me know. Ada orang baca blog saya.. 

Thank you ! Stay safe at home everyone. :)











Wednesday, 10 February 2021

Cara Mudah Jana Pendapatan bagi Pelajar

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 


Dah lama tak bersiaran kat sini. Masih ada lagi ke yang baca personal blog macam ni? Kalau ada tolong komen yer..


Sekarang semua lebih mudah dengan gambar dan video. Sebab tu, kebanyakan orang memilih untuk aktif di Instagram, Facebook, TikTok.. Tapi takpa.. Hari ni kita bincang macam mana nak jana pendapatan sampingan mahupun tetap cara mudah terutamanya kepada pelajar.

CARA JANA PENDAPATAN MUDAH

1. DROPSHIP 

Kalau baca kat mana-mana pun, orang akan kata dropship . Online business paling mudah, tanpa perlu pegang barang, tak perlu pergi pos barang penat-penat dan selalunya bahan-bahan iklan disediakan oleh pembekal (HQ). 



Yang penting, nilailah dulu produk apa yang kita nak jual, boleh ke kita pegang 'amanah' nak menjual produk tu dan siapa supplier/leader kita. Margin untung macam mana pun kira lah jugak.


2. BUAT PAID/GIFT REVIEW

Cara yang paling trending masa kini, dekat mana-mana social media mesti ada orang yang mempromosikan produk orang lain. Ini dipanggil Influencer. Seller bayar korang untuk mempromosikan poduk mereka. Sudah semestinya seller akan pilih 'Influencer' yang boleh mempengaruhi peningkatan jualan mereka. Antaranya ialah orang kenal, followers ramai, banyak interaction dalam social media. Untuk mudah men'viral'kan produk seller. 


Kepada seller yang nak buat Instagram Review by Post or IG Story secara PERCUMA.

Boleh DM akaun instagram: @twentyonekits_ 



3. JUAL TOPUP

Masih ramai lagi pakai prepaid reload instead of postpaid. Tambahan, pelajar yang sentiasa guna telefon mudah alih senang nak beli data/internet. Kalau ada wifi pun, mesti nak topup jugak untuk elak tarikh luput. 

Paling senang jual dalam kalangan pelajar. Selalunya nak jadi agent topup ni ada yuran tapi bayar sekali seumur hidup je. 





Tugas seller topup ni lah paling senang, cuma perkenalkan diri. Beritahu orang lain yang anda ada menjual topup. Tak perlu iklan produk tiap-tiap hari pun, pelanggan yang akan whatsapp anda. Senang kan?

Siapa nak join jadi agent topup, boleh DM akaun instagram: @twentyonekits_ atau whatsapp +60134641549

YURAN SEUMUR HIDUP: RM10 SAHAJA

PENDAFTARAN AGENT TOPUP #TEAMTWENTYONE

"Guna dapat DISKAUN, Jual dapat UNTUNG"

  • Yuran keahlian yang rendah
  • Tiada yuran tahunan. Bayaran Yuran hanya sekali sahaja.
  • System top up "All in One" 1 modal boleh jual semua produk.
  • Pendapatan secara 'real time', tak perlu menunggu
  • Perkhidmatan Server terbaik & pantas
  • Perkhidmatan Top Up 24/356
  • Tambah modal yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam
  • Reload serta merta (Autoreload)
  • Boleh bayar bil Celcom, Maxis, Digi, Umobile, Redone, XOX, Astro, YES, Unifi, TNB, TM, Syabas secara online.
  • Tidak memerlukan premis perniagaan - Urusniaga hanya melalui handphone anda.
  • Topup menggunakan Android APPS menjadi lebih mudah, cepat dan jimat.
  • Tidak memerlukan pekerja - segalanya anda uruskan sendiri
  • Urusniaga dimana-mana sahaja - Mobile Biz
  • Anda tidak perlu menyimpan stok kad topup
  • Tidak perlu maintain jualan untuk kekal percent.
  • Tiada Caj untuk setiap tambah modal dikenakan.
  • Tiada Syarat-Syarat Dikenakan yang membebankan.


4. SERTAI SURVEY/APPS

Yang ini kena rajin sikit, search survey yang boleh dapatkan coins/points dan boleh withdraw. Contohnya, Millieu Survey dan SurveyOn. 

Apps yang popular adalah cashzine. Untuk tahu lebih lanjut, InsyaAllah kalau post ni ada sambutan, kita akan sambung. 

Survey/Apps ni selalunya ada minimum coins untuk first withdraw/cash out . DAN SELALUNYA LAMBETTT... the key is kena rajin hahahah...


Sepanjang PKP ni, orang ramai mula beralih kepada online business sebab memudahkan kerja kita dan kerja pelanggan yang dapat barang depan rumah sahaja. Sedikit sebanyak dapat membantu kos sara hidup kita. 




Thursday, 14 May 2020

BAJU KURUNG | BLOUSE | DRESS by Cynas Store

Assalamualaikum..

Lama sangat tak menaip ni. Masih ada lagikah pembaca blog? Saya rasa sekarang semua lebih kepada twitter dan instagram. Sebab senang ada gambar, ada video. Blog nak kena baca post panjang-panjang pulak kan?

Alhamdulillah kita dah sampai ke 10 Ramadan terakhir. Semoga amal ibadat kita diterima dan tak tergolong dalam orang-orang yang mensia-siakan bulan berkat ni.

Ada lagi ke yang tengah cari baju raya ? Atau semua dah kalut dengan kuih raya? Korang boleh dapatkan baju kurung, dress, dan blouse dengan harga promosi di ig: @cynas.store.




 

Buat masa sekarang, ada promosi untuk baju kurung
1 PCS RM55 
2 PCS RM100

Ada juga promosi free shipping for selected items. 





Sebarang update dari instagram juga boleh tengok kat sidebar blog ni. 

Buat masa sekarang, kita fokus untuk settlekan order untuk raya. InsyaAllah nanti akan ada giveaway/contest for active followers. 


Kepada peniaga-peniaga atas talian yang ingin mempromosikan barangan anda, boleh terus DM di instagram atau tag sahaja di ig story. Kami akan repost secara PERCUMA sepanjang PKPB ni dan juga sempena bulan Ramadhan.
 

 Semoga kita dimurahkan rezeki supaya dapat sedikit membantu dalam meringankan beban ketua keluarga. Jangan lupa penjarakan sosial dan selalu memastikan diri dalam keadaan bersih.


p/s: Maaf atas bahasa rojak di atas. Dah lama tak menaip, rasa awkward pulak :D


Saturday, 14 December 2019

1st Giveaway by YYSELLA

Assalamualaikum

Hari ni nak join giveaway ni sebab tuan badan dah singgah blog kita .. heheh :D

Jom join ramai-ramai sebab hadiah-hadiah dia menarik perhatian sangat.


Klik gambar untuk join :)



Thursday, 12 December 2019

A Red Rose from Huawei

Assalamualaikum

I really excited to share this unexpected moment.

On 11 December, I have received a message to pick up my parcel. Well, in my university, there is a kiosk for delivering parcels. I was shocked at first. Then, I start scrolling my mobile apps, Lazada and Shopee. I need to confirm that I didn't buy anything, I also check my recent emails. There is nothing about order or receiving thing. I was ... what is going on? hahahaha


You know, for a girl like me, I was thinking if there is any secret admirer send me a present or what? Because I am sure I'm not receiving it from my family since I didn't share the new address of the kiosk yet. Then, I keep wondering who is sending me a present. HAHAHAHA


On 12.12, while others are spending their money to get discounted items, I received a free item. So, I pick up the parcel and wow ! It's from Huawei .


It's a RED ROSE!


Even though this is not from an admirer, I really can say this is my first time receiving a red rose. 
It's amazing! One of my friends said, "Why you? I think you've got a crush from Huawei company." HAHAHAHAHA


I also wonder why me?
So, I did a little bit research asking help from Google. 
Last year, Huawei sent each online customer a rose for their RM3 millions sales on 11.11


Of course, I have purchased some items from their official online web. That's why they have my details to deliver the rose. I really appreciate the way Huawei celebrating with their customer with surprise. Love you 3000!

Saturday, 7 December 2019

BLACK - Adaptasi K-Drama

Assalamualaikum..

Kepada peminat-peminat Korean Drama, mesti dah tengok kan Drama Black ni. Drama ni ditayangkan pada tahun 2017 dan dibintangi  Song Seung-heonGo AraLee El dan Kim Dong-jun. Saya bukanlah peminat tapi saya suka dengan plot, jalan cerita drama-drama korea ni. 
Sebelum judge apa-apa, saya nak tegaskan saya juga peminat filem tempatan, jangan risau hahaha. Maaf saya kurang mengenali nama-nama pelakon, saya kenal Lee Min Ho ja. haha


Drama Black, fantasy-thriller ni mengisahkan detektif yang dirasuk oleh "malaikat maut" yang terpaksa turun bumi sebab nak cari kawan dia tapi terjatuh cinta dengan manusia yang boleh nampak bayangan malaikat maut ni. Allahu ini cerita fantasi ya adik-adik. Sepanjang dia mencari tu,mereka melanggar banyak peraturan, kisah pembunuhan 20 tahun lepas terbongkar. Korang semua kena tengoklah untuk tahu apa yang terjadi 20 tahun lalu, bolehkah percintaan tu diteruskan?

Apa yang best tentang drama 18 episod ni, banyak plot twisted. Kita jangkakan scene macam lain tapi lain yang terjadi. Really recommended. Ada comedy scene yang boleh terima dek akal jugak. i'm okay with it.

Back to the main content of this post. Mestilah takkan tiba-tiba nak excited cerita pasal drama korea ni.

Drama Black versi Melayu dilakonkan oleh Kamal Adli, Siti Saleha dan ramai lagi dan ditayangkan 17 Disember ini di Viu Malaysia. Katanya, watak malaikat maut diubahsuai sebagai bunian. Kita nantikan macam mana pulak versi kali ni disebabkan drama ini hanya 8 episod daripada 18 episod.




Saya yakin semua peminat pun tak sabar nak tengok. Yang dah pernah tengok tu, komen la sikit pendapat korang macam mana pula ? 

p/s: Maaf untuk banyak penggunaan bahasa rojak untuk post ini. :)

Friday, 6 December 2019

Planner 2020 Giveaway by Messarah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur masih diberi peluang menghirup oksigen sehingga penghujung 2019 ini. Semoga banyak lagi perancangan yang baik-baik akan terlaksana untuk tahun yang seterusnya. Bersempena menyambut kedatangan tahun 2020, saya join giveaway by Messarah ni.


Tak lupa juga kepada tuan punya giveaway, Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun hujung Disember ni. Semoga dimurahkan rezeki :) 






Wednesday, 28 November 2018

Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi



The interesting thing here is the mystery ! Hahah  I love suprised !
Siapa nak join boleh klik banner. Giveaway berlangsung selama 3 minggu ja ok.
Saya tag 3 rakan blogger: Atiqah Najihah , Lea Azleeya , Anis Diyana

Beli Blouse Murah daripada Cynas Attire


Assalamualaikum dan hai semua.

Post ini khas kepada ladies yang kaki ootd kat luar sana. Tak kira la yang dah bekerja atau masih belajar. Sebab korang boleh dapatkan blouse yang harga mampu milik. Teringin nak pakai blouse tapi banyak sangat igshop yang jual kan ? Nak tolong korang ni.. sebelum promote bisnes orang lain, kita promote tuan empunya dulu hehehe...

Korang boleh dapatkan blouse murah-murah daripada instagram account Cynas Attire !!


Kami ada menyediakan Oversized Top Blouse.

Apa yang best tentang Cynas Attire ni ? 
Harga Blouse Beli SEHELAI RM30. Beli DUA RM50.








 Kami juga ada menjual baju kurung modern .



Jangan lupa jenguk igshop @cynas.attire untuk dapatkan semua ni. 
Buat masa ini, kami hanya fokus pada akaun instagram.

Terima kasih :)




Monday, 19 November 2018

Maulidur Rasul - Lirik Ya Habibal Qalbi


Salam Maulidur Rasul

12 Rabiul Awal 1440H bersamaan dengan
20 November 2018 (Selasa)

"Allahuma Shali' Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad"



Ya Habibal Qolbi by Nissa Sabyan





Ya habibal qalbi ya khoirol baroyah
Yalijitta bil haqqi rosulalhidayah


Ya habibal qalbi ya khoirol baroyah
Yalijitta bil haqqi rosulalhidayah


Ya Rosulallah ya habiballah
Ya Rosulallah ya habiballah


Yaumal wiladah kalbidayah 
lilhidayah kal bidayah
Yaumal wiladah kalbidayah 
lilhidayah kal bidayah


Intajid ya toha binnuril hidayah
Ya Rosulallah Ya Rasulallah
Ji’ta bidinillah ji’ kullal baroyah
Yahabiballah Ya Habiballah


Ya Ya Ya Ya Basyirol khoir
Ya Rosulallah
Ya ya ya ya dalilannur
Ya Habiballah


Ya habibal qalbi ya khoirol baroyah
Yalijitta bil haqqi rosulalhidayah

Ya Rosulallah ya habiballah
Ya Rosulallah ya habiballah


Harapan yang nyata hidup bahagia
Cinta yang utama di hati selamanya
Denganmu ya Rasul rindu tuk bersama
Padamu ya Rabbi terkabul semoga


Engkaulah pujaan hati Ya Rasullah
Bersinarlah cahayanya kekasih Allah

Wahai Sang kekasih insan yang terpilih 
Sholawat yang tercurah cinta sungguh indah

Pujaan hati ya Rasulallah
Cahaya cinta kekasih Allah

Ya habibal qalbi ya khoirol baroyah
Yali’jit bil haqqi rosulalhidayah


Friday, 16 November 2018

Giveaway #1 by YEASLMN



Klik banner untuk join sama-sama :)




Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz


Assalamualaikum warga bloggers. Dah lama tak join giveaway ni. 
Siapa nak join boleh klik banner kat atas untuk terus ke blog tuan empunya.

Doakan saya dapat planner yang kiut-miut tu.. hehe




Sunday, 22 July 2018

Cara Buat Instagram Widget Untuk Blog

Assalamualaikum dan hai ..

Tengah-tengah malam ni, rajin pula rasa nak menaip. Saya nak tunjuk cara saya buat Instagram Widget yang ada di sidebar dan footer blog ni.




Gambar atas ni ialah Instagram Slideshow yang ada di sidebar.



Gambar ni pula Instagram Scrolling yang ada di footer blog ni.


Macam mana nak dapatkan widget ni ?

1.  Pergi ke website SnapWidget .


2. Klik Get A Free Widget.


3. Log in account SnapWidget. Sign Up bagi sesiapa yang belum mempunyai akaun. Nak senang, sign up using facebook ja.
4. Klik Create A New Widget yang ada kat atas tu.

senarai widget yang ada kat sini, widget yang saya pernah buat. Kita boleh edit bila-bila masa kalau nak tukar akaun ke apa nanti..



5. Korang pilih widget apa yang nak . Macam-macam ada kat situ. Bukan terhad untuk Instagram ja, facebook dan twitter pun boleh guna.
6. Dah siap custom widget, klik Get Widget dan Copy to clipboard untuk copy coding untuk widget tu.


Cara nak masukkan dalam blog.
1. Go to dashboard. Then, layout.
2. Klik Add A Gadget. Cari HTML/Javascript.
3. Paste coding tadi dan save :)



Senang kan ? Harap korang tak serabut dengan penerangan berterabur ni. Selamat mencuba :)




Monday, 30 April 2018

Ikhtiar Memulihkan Bibir Kering

Assalamualaikum..


Perempuan atau wanita memang sinonim dengan sikap obses dengan kecantikan. Siapa saja yang tidak mahu cantik kan ? Salah satu yang bahagian yang penting ialah bibir. Sedar atau tidak sedar, bibir sangat memainkan peranan penting dalam rutin harian. Apabila kita bercakap dengan seseorang, wajarlah orang itu akan melihat bibir kita untuk memahami setiap ungkapan yang dikeluarkan. Jika bibir mempunyai masalah, secara tidak langsung akan mengurangkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain. Seperti jerawat, tetapi kali ini kita nak bincangkan mengenai bibir kering.

     Pertama sekali, hendak saya tegaskan di sini. Post ini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak atau ditaja oleh mana-mana pihak. Saya hanya berkongsi pengalaman dan setiap orang mempunyai kulit dan produk sesuai yang berbeza.

Punca-punca bibir kering dan merekah yang umum kita selalu dengar,


  • Kurang minum air
  • Pencemaran udara
  • Perubahan suhu (Contohnya melancong ke negara 4 musim)
  • Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Makan makanan yang terlalu masam atau masin
  • Pengambilan caffein secara berlebihan
  • Penggunaan ubat gigi yang tidak sesuai
  • Tabiat suka membasahi bibir dengan air liur
Thanks to : Beauty Hacks


Sumber : pakcik google

     Saya mengalami masalah bibir kering dari zaman sekolah lagi. Tetapi masa zaman sekolah, taklah teruk mana. 

Gambar di bawah ialah produk yang saya pakai dan cuba sepanjang menangani bibir kering ini.


Apa yang saya ingin berkongsi adalah usaha saya untuk mengenalpasti punca bibir kering dan merekah.


1. Baby Lips Maybelline

Baby Lips ni saya pakai dari zaman sekolah. Dulu, saya takut nak tukar produk sebab takut benda lain pulak jadi kan. Memang di sekolah, kawan-kawan selalu tegur bibir mengelupas tapi tak teruk. Saya hanya menganggap yang saya ni kurang minum air.


2. Vaseline

Saya tahu ramai yang mencuba produk ini dan berkesan. Pada awalnya, saya pun suka pakai vaseline ni. Tiap-tiap malam mesti sapu sebelum tidur. Saya juga ada dengar ura-ura mengatakan yang vaseline ni boleh menggelapkan bibir. Ini saya tak pasti. 

Untuk pengetahuan semua, saya pernah mengalami kemalangan dan dijahit di bahagian bibir. Sejak itu, bibir saya memang mengelupas dengan teruk. Jadi, saya anggap jahitan itu adalah punca masalah bibir saya. 

Kembali kepada vaseline, saya sengaja berhenti pakai vaseline untuk seketika. Saya dapati bibir saya semakin kering dan mengelupas. Konklusinya, vaseline ni kena pakai sentiasa. Tapi saya ambil keputusan untuk  tidak meneruskan penggunaan vaseline ni.

Saya tak cakap produk ini tidak bagus. Sekarang dah ada vaseline lips yang warna merah kan. Korang boleh cuba dan pastikan beli yang original. 


3. Ubat gigi

Saat ini, saya baru bertukar menggunakan sensodyne untuk gigi sensitif dan colgate white. Kedua-duanya tidak memberikan kesan positif pada bibir. Saya anggap ubat gigi yang saya guna tidak sesuai. Saya kembali menggunakan colgate biasa untuk cavity tu.


4. Nivea Colour & Care

Saya sangat teruja pada awalnya apabila mencuba nivea ni, kod Rose. Bibir saya tak mengelupaskan seperti dulu (mengelupas kasar macam pasir), tetapi kali ni bibir mengelupas dengan kepingan besar. Saya tak tahu apa yang jadi sebenarnya, saya beranggapan nivea ni tengah scrub bibir kot..hahahah

Selepas beberapa minggu cuba, baru saya perasan, warna lip balm ni bukan rose tapi biru. Semua kawan-kawan tanya kenapa muka nampak pucat. Bibir biru. Serius nampak macam orang sakit. Macam lawak ja. Jadi, saya stop.


5. Kurang minum air dan cuaca panas

Kebanyakan kawan-kawan saya akan cakap perkara yang sama. Saya seorang yang suka minum air putih banyak-banyak dalam sehari. Jadi, saya tak rasa ini puncanya. Bila kawan cakap cuaca panas. Saya tanya mereka "Aku ni duduk di tempat lain, planet lain tak sama dengan korang ke?" Maksudnya, kawan-kawan lain tak ada pun alami masalah teruk macam ni.


6. Dermal Lip Balm




Dermal lip balm ni saya hanya mencuba. Saya jumpa ni di Watsons. Sebab packaging dah macam ubat dah. Saya rasa berbaloi nak cuba dengan harga RM14 kalau tidak silap. First time guna, rasa macam letak minyak angin cap kapak kat bibir sebab dia berangin. Dan mungkin juga masa ni bibir saya memang nipis hahaha sebab dah banyak kali keluar kulit.

Bagi gambar Maybelline Lipstick di atas, yang warna merah tu. Saya memang pakai setiap kali keluar atau ke kelas. Saya tak pasti adakah ia salah satu punca atau tidak.


6. Lip Ice 

Nak dipendekkan cerita. Saya ada program makan malam persatuan. Jadi saya hanya memakai Dermal Lip Balm tu saja ke sana kerana program bermula selepas maghrib tapi kami bertolak awal. Jadi saya tak pakai apa-apa yang terang waktu tu. Ada kakak senior ni tegur, " Nak pakai lip balm tak? Bibir nampak macam pucat ja." Dia terus hulur lip ice ni. 

Beberapa hari lepas tu, saya beli lip ice pula. hahahahah banyak kan saya cuba beli.


7. Maybelline BB Cream

Haa pasti semua orang hairan kenapa BB Cream ni termasuk dalam "journey" saya memulihkan bibir kering ni. Saya berbual dengan seorang rakan ni. Saya cakap la semua produk yang saya cuba semua tak berkesan. Tak tahu apa puncanya. Dia cakap, " mungkin produk muka yang kau pakai tu bagi efek dekat bibir. Macam pencuci, krim atau bedak."

Tiba-tiba baru saya teringat, saya dah pakai BB Cream Stick ni dah lama sangat. Lepas habis matrik rasanya. Kalau nak kata pencuci muka, saya kalau bab produk muka lain ni jarang sangat pakai, pemalas sikit.

     Buat masa sekarang, saya dah berhenti pakai BB Cream Stick ni dulu. Padahal saya baru ja beli yang baru ( sedihnyaaa ). Kalau tak silap dah lebih 2 minggu saya berhenti, sekarang saya hanya pakai Dermal lip balm untuk sebelah malam dan lip ice ketika keluar. 



Sukacita dimaklumkan bibir saya dah tak mengelupas dan merekah. Saya berjaya kenalpasti punca masalah bibir saya. 


Kesimpulannya bukan semua masalah bibir kering berpunca daripada kurang minum air atau pelembab bibir. Tetapi hendak diingatkan, lain orang lain caranya. Mungkin ada orang yang sesuai dengan semua produk. 
Saya setuju tentang membasahi bibir dengan air liur adalah salah satu punca kerana bila kita pakai pelembab bibir, kita akan kurang menjilat bibir. Itu membantu pelembapan.



Kepada yang pernah mengalami dan berjaya atasi masalah ini, komen sikit pengalaman korang ( >.<)



Monday, 1 January 2018

Year End Giveaway By Husnieyhusain



Salam 2018 .. Tapi hari ni saya nak join Year End Giveaway by Husnieyhusain ni sebab tarikh tamat giveaway ni 5 Jan 2018 . Masih ada masa lagi.. Rambang mata tengok hadiah-hadiah yang ada tu ..

Yang nak join boleh klik banner kat atas, ok !

Tuesday, 29 August 2017

MINI GIVEAWAY BY NADIA


Klik banner di atas untuk join sekaki ..

Tarikh Tamat : 31 August 2017

Thursday, 27 July 2017

Rawat Kulit dengan Jorubi Aloe Vera Gel

Assalamualaikum dan haii..

Sejak dari matrik sampai dah masuk degree, masalah tona kulit muka tak sekata ni dah macam sebahagian dalam hidup. Sebab pergi kelas jalan kaki dan saya jenis yang tak suka pakai payung. Bagi saya payung tu untuk hujan lebat ja. Hujan renyai-renyai pun saya sanggup redah ja. Punyalah pemalas nak pegang payung. Jadi kulit muka pun mula berbelang-belang. Yang lawaknya, bagi kita yang bertudung, muka separuh gelap, separuh cerah . Haa siapa ada masalah macam saya ni ?? Kenyit mata sikit !

     Bagi mengatasi masalah sunburn and suntan ni atau terbakaq panas ( orang utagha kata ) , kita selalu dikaitkan dengan Aloe Vera kan?



       Saya pernah cuba satu jenama aloe vera gel ni yang pernah terkenal masa tu ( dalam masa terdekat ni jugak ) dengan pelbagai peratus yang ada . Disebabkan terlalu banyak di pasaran, sampai ada yang fake dan susah juga kalau tak dapat nak bezakan yang mana ori dan palsu ni. Elok ja nak sekatakan kulit, lain pulak jadinya.. Jadi, saya beli la satu dari Shopee kalau tak silap. Saya kerap juga pakai setiap malam, tapi langsung tak memberikan kesan apa-apa. Cuma rasa sejuk la dan kulit rasa lembap. Tapi saya tak puas hati sebab saya nak tona kulit sekata. Walaupun masih banyak sebab bekas besar dia tu, saya tetap nak ari pengganti. Lepas tu, saya cuba cari yang lain. scroll twt_kecantikan . scroll dan scroll lagi.


     Tiba-tiba .... jeng jeng jeng .. hahaha .. saya ternampak ada orang cakap yang dia guna aloe vera brand ni ..


sumber : google

      Saya pun pergi cari dekat watsons. Saya tak jumpa yang 100 % pure gel ni . Dan disini lah bermulanya bibit bibit cinta terhadap Jorubi . 

     Tak dapat yang 100% pun tak apa lah. Jorubi ni dah 99% Pure . 

Description :

can be used as moisturizer, or as a general first-aid agent to soothe, promote healing and bring relief to the following conditions : pimples/acne , ulcer ( including mouth ulcer ), strecthmarks , rashes , minor burns ( including sunburn ) , bruises, cuts/abrasions and insect bites.

Saya tak pernah cuba letak pada ulcer lagi. Tapi saya ada terbaca, ada seseorang ni cuba letak kat lidah dan dia cakap gel ni rasa manis . hehehe...


Kalau di watsons, boleh dapatkan dengan harga RM26.50 untuk 40ml . Ada lagi satu yang besar sikit, 120ml kalau tak silap. Sebenarnya Jorubi ni ada lagi produk lain, boleh check dekat website . Dekat watsons, saya nampak yang ni ja. 


Aloe Vera Gel ini sangat membantu dalam mengecutkan jerawat. Terutamanya jerawat yang baru nak tumbuh. Bila pakai gel ni tiap-tiap malam. Dalam 2-3 hari, terus tak jadi keluar jerawat tu. Ia juga memberi kesan kepada tona kulit saya dengan memudarkan kesan berbelang-belang tu. Lama-kelamaan, saya jadi jatuh cinta dengan dengan gel Jorubi. Sekarang, dah masuk botol kedua. 


Semasa saya prgi beli botol kedua ni, kebetulan ada stok gel 100% tu, dan harganya lebih murah berbanding Jorubi. Tetapi saya dah angau dengan Jorubi. Saya setia dengan Jorubi. Aloe Vera juga bagus digunakan sebelum memakai solekan. Saya dah cuba. Mungkin dapat mencegah daripada sunburn lagi.


Jangan risau takut nanti bedak ke foundation ke bercapuk sebab gel ni pakai sekejap ja, serap cepat. Jadi, kita takkan rasa melekit-lekit kat muka.


i know, some of you will say " Tak payah beli la.. Pakai ja lidah buaya kat rumah tu, natural beauty. semula jadi. "
Tetapi berapa ramai yang buat macam tu? Tak dinafikan, zaman sekarang semua orang nak benda yang mudah. Fikirlah yang duduk asrama ke, mana dia nak cari pokok lidah buaya. Baik dia beli ja.


Satu lagi yang saya nak kongsi . Panjangnya post kali ni.. hahaha. 
my current face scrub .


Walaupun ni botol pertama saya, tapi saya dah sukakan scrub ni. Pakai 2 kali seminggu . Lepas scrub tu, rasa macam bersih ja muka. Plus , bau green tea dia best.


p/s : Post ini bukan iklan berbayar. Ini pengalaman dan kegemaran yang saya nak kongsikan. Saya juga bukan pakar dalam bidang ini . Terima kasih sudi baca sampai habis :)



Thursday, 6 July 2017

Giveaway Nurul & Friends




                                                    DUE DATE : 3 JULY 2017 - 31 JULY 2017

SIMPLE MOIST CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum dan hai..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN . 
Hari baru sempat nak update blog . Sibuk dengan raya kan. Mood raya korang macam mana ? Masih meriah atau dah gulung karpet simpan almari ?? hahaha..
Disebabkan cuti semester sekarang sampai bulan September, jadi raya saya masih raya sakan lagi la.. Masuk minggu ke dua, mesti kuih raya semua dah nak habis kan? tetapi tetamu masih datang beraya . Selain hidang air kopi tu, boleh lah rajinkan diri buat kek untuk hidangan tambahan . Saya tahu banyak sangat resepi yang ada kat internet ni tapi tak semuanya menjadi. Saya juga suka cuba semua, tengok mana yang menjadi. 

Hari ni saya nak kongsi resepi mudah daripada sepupu saya. Resepi ni saya guna cawan kopi biasa ja.




RESEPI KEK COKLAT LEMBAB

Bahan-bahannya :

1 cawan serbuk koko (saya kurangkan sikit takut pahit)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat ( tambah sikit kalau suka manis, sikit je)
2 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya :

1. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
2. Masukkan gula halus dan telur dalam mangkuk. Kacau sampai sebati.
3. Masukkan esen vanila. Masukkan lagi susu pekat, susu cair. Gaul sampai sebati.
4. Masukkan bahan kering yang dah diayak tadi. serbuk koko dan tepung gandum sedikit demi sedikit.Gaul rata.
5.Akhir sekali, masukkan minyak. kaup bagi rata . 
6. Tuangkan adunan dalam dulang dan bakar selama 30 minit pada suhu 160' (bergantung pada oven masing-masing)

Resepi ni juga boleh guna untuk kukus.

Topping coklat :

2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar marjerin atau minyak masak
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung

Masak semua bahan atas api (tak perlu double-boiler) sehingga pekat. Adjust rasa, tambah ja apa yang perlu tambah untuk bagi rasa tu kena dengan selera masing-masing..hihi


Selamat mencuba !