NM FORLOVES LEGACY

Friday, 12 August 2016

Welcome to Degree Life !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah . Kalau ada baca post yang lepas. Aku dapat tawaran dari USM dan UPSI . Aku pilih USM - sains komputer .

Tak berjodoh lerr kite dengan UPSI.  Semoga apa yang dipilih adalah yang terbaik untuk masa depan .

Macam biasalah bila nak masuk ke alam baru, tempat baru.. mesti banyak nak kena prepare kan ? First of all, yang paling penting.. selesaikan dulu yuran pendaftaran dan buka akaun bank rasmi universiti masing-masing .

Untuk USM, bank rasminya Bank Islam . Alhamdulillah aku dah settlekan urusan bank ni tadi. Keluar dari pagi, petang baru balik. Mula dengan beli no. Pin ptptn di BSN.  Berjalan ke Bank Islam buka akaun dan bayar yuran . Berjalan lagi ke pejabat ptptn buka akaun sspn.  Lepas tu, makan !  Hahaha

Memang letih la.. tapi berbaloi bila siapkan urusan-urusan penting ni awal-awal. Jadi tinggal nak beli barang-barang sikit . Lagipun, barang yang guna masa matrik dulu ada lagi. Tak banyak sangat la nak tambah .

InShaaAllah aku akan bergelar mahasiswi USM pada 28 Ogos ini .

*Apa yang bestnya tadi.. bila dah letih berjalan mula la nak cuci mata . Jadi aku masuk kedai vantage ni. Memang semua barang comel-comel . Aku pun tersambar tin-tin comel ni . Hehehe

No comments: