Monday, 8 August 2016

USM or UPSI ?? (UPU Result)

Assalamualaikum semua..
Yeahh I know. Dah berkurun tak update blog. Rasa macam penganggur tersibuk di Malaysia. 

Back to the topic. Semua orang tahu hari ni 8 Ogos 2016, tarikh hebahan keputusan UPU/USM/UM . Aku tak kecewa sangat sebenarnya tapi lebih kepada keliru sebab aku ada dua pilihan. Lain la masa nak pilih antara diploma atau matrik tahun lepas. Aku hanya dapat tawaran ke matrik, so tak payah nak pening kepala fikir nak pergi mana. Walaupun, aku ada dapat jugak second intake diploma. Aku tetap teruskan pengajian di matrik.

Keputusan hari ni :
USM - IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEPUJIAN)
UPSI - IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PERISIAN (PENDIDIKAN)

Aku sangatlah beruntung sebab kedua-dua ni pilihan pertama. Tapi hakikatnya, aku masih tak boleh buat keputusan. Rasa macam kedua-dua course ni lebih kurang jaa..Mak ayah sebenarnya suruh pilih yang dekat-dekat ja. Aku rasa diorang sokong kalau aku pilih USM . Aku masih berbelah bahagi . 

Kepada pembaca yang sudi, boleh bagi cadangan ? atau mungkin ada senior dari kedua-dua course ni ??

Dan kepada yang sebaya, kongsilah korang dapat kat mana ?

No comments: