Thursday, 6 April 2017

Matriculation Life

Assalamualaikum .

Hari ni nak cakap pasal matrikulasi. Mesti ramai lepasan SPM sekarang tengah google tempat-tempat yang bakal korang masuk lepas ni kan ? Aku nak berkongsi berdasarkan pengalaman . Selalunya keputusan kemasukan matrikulasi akan keluar dulu kan sebelum UPU.

    Pada mulanya, aku suka sangat bila check dekat portal. Aku layak memasuki matrikulasi. Excited tu tak terhingga. Rasa macam bertuah sangat. Cerita kat mak ayah macam-macam pasal matrik. Mak pun ada survey dengan kawan-kawan yang ada anak pernah masuk matrik.


    Tak lama lepas tu, banyak pula anasir-anasir luar yang cakap matrik ni susah. Study kena struggle. Bermulalah satu demi satu soalan muncul dalam kepala. Aku ni boleh ke ? Aku ni selalu buat kerja last minute ja, mampu ke aku ? Layakkah aku masuk tempat budak-budak pandai tu ? Keputusan spm tu dah la tak seberapa. Apa sangat yang aku mampu buat ?
    Hati mula gundah gulana. Waktu ni, mak dah sokong untuk masuk matrik. Aku masih berbelah bahagi. Ada ja soalan yang terlintas .

    Aku mula fikir positif . Selepas baca semua pengalaman senior matrik dekat blog-blog. Ada juga ahli keluarga yang sokong. Aku rasa aku patut masuk matrik. Lagipun , aku bukan berlatarbelakangkan orang berada . Emak ayah pun risau cari duit untuk bagi anak diorang sambung belajar. Satu ja aku fikir sekarang, aku taknak bebankan mak ayah. Sekurang-kurangnya ada elaun yang dapat membantu.

*Post di atas ini adalah post yang aku tulis seminggu sebelum keputusan UPU keluar. Dah lama dalam draft, sekarang dah sambung degree pun, baru nak publish.*

Alhamdulillah, seperti yang  korang tahu. Setelah macam-macam orang kata pasal matrik, macam-macam cerita seram sejuk dekat matrik. Akhirnya sekarang dah sambung degree. Selamat jaa, sihat walafiat jaa.. hihihi..


     Tetapi ... ada cerita disebaliknya. Nak dipendekkan cerita, aku tak dapat tawaran dari UPU. Ya, aku tak dapat. Mula-mula, tu memang asyik persoalkan kenapa boleh tak dapat, angan-angan macam2. Bila difikirkan balik, aku selalu doa. Semoga Allah permudahkan urusan aku untuk memilih masa depan. Aku anggap Allah dah permudahkan jalan aku untuk tidak membuat banyak pilihan. So, aku tanpa fikir panjang lagi, aku nekad masuk matrikulasi.



I was here in KMPP.

     Seriously, korang akan rasa macam keluarga dekat matrik. Tak kira dengan kawan-kawan ataupun pensyarah(panggil cikgu ja dulu) .. Sepanjang ada kat sana, korang akan dapat rasa "special bonding" tercipta. 

    Sebelum masuk, memang macam-macam yang korang akan dengar. Masuk sini kena struggle betul-betul, nanti kena buang kalau pointer rendah , Tapi, ada sepupu aku cakap, " Masuk ja dulu, tengok betul ke tak apa yang orang cakap. orang yang cakap tu pun tak masuk matrik, macam mana diorang tau ?" 

     Bila korang dah masuk, percayalah korang akan kerapkali dengar orang sebut, " Berapa banyak senior matrik yang dah sambung degree duk cakap, kalau boleh nak balik matrik. Rindu zaman matrik."
Aku akui, sekarang memang terasa rindu. Sebab dah tak sama macam matrik. Kat matrik, kalau lambat pick up, cikgu-cikgu tolong sampai boleh, Masa degree, kena tanggungjawab sendiri untuk pi cari pensyarah, pensyarah takkan cari pelajar.

Oh yaa.. aku sambung sains fizikal dekat matrik. Untuk pengetahuan korang, matrik ada 3 aliran:

Sains fizikal : Fizik, Kimia, Sains Komputer, Math
Sains Hayat : Fizik, Kimia, Bio, Math
Sains ****(lupa nama): Kimia, Bio, Math, Sains Komputer
dan Akaun.

Untuk pengetahuan korang juga, aku berminat dalam farmasi. Tapi ditempatkan dalam sains fizikal yang takda subjek bio. Selepas beberapa bulan masuk matrik, aku juga ditawarkan Latihan Separa Perubatan SPA . Stay tuned untuk cerita seterusnya... InsyaAllah..

*Kalau ada persoalan tentang matrik, boleh komen di bawah. InsyaAllah akan dijawab pada next post.

 

2 comments:

Cikk Mimin said...

good luck

Syamsid Dhuha said...

There is always an obstacles dalam hidup kita but this is definitely that we must through it . good luck - Syamsid Blog -