Perempuan atau wanita memang sinonim dengan sikap obses dengan kecantikan. Siapa saja yang tidak mahu cantik kan ? Salah satu yang bahagian yang penting ialah bibir. Sedar atau tidak sedar, bibir sangat memainkan peranan penting dalam rutin harian. Apabila kita bercakap dengan seseorang, wajarlah orang itu akan melihat bibir kita untuk memahami setiap ungkapan yang dikeluarkan. Jika bibir mempunyai masalah, secara tidak langsung akan mengurangkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain. Seperti jerawat, tetapi kali ini kita nak bincangkan mengenai bibir kering.
Pertama sekali, hendak saya tegaskan di sini. Post ini bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak atau ditaja oleh mana-mana pihak. Saya hanya berkongsi pengalaman dan setiap orang mempunyai kulit dan produk sesuai yang berbeza.
Punca-punca bibir kering dan merekah yang umum kita selalu dengar,
- Kurang minum air
- Pencemaran udara
- Perubahan suhu (Contohnya melancong ke negara 4 musim)
- Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
- Makan makanan yang terlalu masam atau masin
- Pengambilan caffein secara berlebihan
- Penggunaan ubat gigi yang tidak sesuai
- Tabiat suka membasahi bibir dengan air liur
Thanks to : Beauty Hacks
Sumber : pakcik google
Saya mengalami masalah bibir kering dari zaman sekolah lagi. Tetapi masa zaman sekolah, taklah teruk mana.
Gambar di bawah ialah produk yang saya pakai dan cuba sepanjang menangani bibir kering ini.
Apa yang saya ingin berkongsi adalah usaha saya untuk mengenalpasti punca bibir kering dan merekah.
1. Baby Lips Maybelline
Baby Lips ni saya pakai dari zaman sekolah. Dulu, saya takut nak tukar produk sebab takut benda lain pulak jadi kan. Memang di sekolah, kawan-kawan selalu tegur bibir mengelupas tapi tak teruk. Saya hanya menganggap yang saya ni kurang minum air.
2. Vaseline
Saya tahu ramai yang mencuba produk ini dan berkesan. Pada awalnya, saya pun suka pakai vaseline ni. Tiap-tiap malam mesti sapu sebelum tidur. Saya juga ada dengar ura-ura mengatakan yang vaseline ni boleh menggelapkan bibir. Ini saya tak pasti.
Untuk pengetahuan semua, saya pernah mengalami kemalangan dan dijahit di bahagian bibir. Sejak itu, bibir saya memang mengelupas dengan teruk. Jadi, saya anggap jahitan itu adalah punca masalah bibir saya.
Kembali kepada vaseline, saya sengaja berhenti pakai vaseline untuk seketika. Saya dapati bibir saya semakin kering dan mengelupas. Konklusinya, vaseline ni kena pakai sentiasa. Tapi saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan penggunaan vaseline ni.
Saya tak cakap produk ini tidak bagus. Sekarang dah ada vaseline lips yang warna merah kan. Korang boleh cuba dan pastikan beli yang original.
3. Ubat gigi
Saat ini, saya baru bertukar menggunakan sensodyne untuk gigi sensitif dan colgate white. Kedua-duanya tidak memberikan kesan positif pada bibir. Saya anggap ubat gigi yang saya guna tidak sesuai. Saya kembali menggunakan colgate biasa untuk cavity tu.
4. Nivea Colour & Care
Saya sangat teruja pada awalnya apabila mencuba nivea ni, kod Rose. Bibir saya tak mengelupaskan seperti dulu (mengelupas kasar macam pasir), tetapi kali ni bibir mengelupas dengan kepingan besar. Saya tak tahu apa yang jadi sebenarnya, saya beranggapan nivea ni tengah scrub bibir kot..hahahah
Selepas beberapa minggu cuba, baru saya perasan, warna lip balm ni bukan rose tapi biru. Semua kawan-kawan tanya kenapa muka nampak pucat. Bibir biru. Serius nampak macam orang sakit. Macam lawak ja. Jadi, saya stop.
5. Kurang minum air dan cuaca panas
Kebanyakan kawan-kawan saya akan cakap perkara yang sama. Saya seorang yang suka minum air putih banyak-banyak dalam sehari. Jadi, saya tak rasa ini puncanya. Bila kawan cakap cuaca panas. Saya tanya mereka "Aku ni duduk di tempat lain, planet lain tak sama dengan korang ke?" Maksudnya, kawan-kawan lain tak ada pun alami masalah teruk macam ni.
6. Dermal Lip Balm
Dermal lip balm ni saya hanya mencuba. Saya jumpa ni di Watsons. Sebab packaging dah macam ubat dah. Saya rasa berbaloi nak cuba dengan harga RM14 kalau tidak silap. First time guna, rasa macam letak minyak angin cap kapak kat bibir sebab dia berangin. Dan mungkin juga masa ni bibir saya memang nipis hahaha sebab dah banyak kali keluar kulit.
Bagi gambar Maybelline Lipstick di atas, yang warna merah tu. Saya memang pakai setiap kali keluar atau ke kelas. Saya tak pasti adakah ia salah satu punca atau tidak.
6. Lip Ice
Nak dipendekkan cerita. Saya ada program makan malam persatuan. Jadi saya hanya memakai Dermal Lip Balm tu saja ke sana kerana program bermula selepas maghrib tapi kami bertolak awal. Jadi saya tak pakai apa-apa yang terang waktu tu. Ada kakak senior ni tegur, " Nak pakai lip balm tak? Bibir nampak macam pucat ja." Dia terus hulur lip ice ni.
Beberapa hari lepas tu, saya beli lip ice pula. hahahahah banyak kan saya cuba beli.
7. Maybelline BB Cream
Haa pasti semua orang hairan kenapa BB Cream ni termasuk dalam "journey" saya memulihkan bibir kering ni. Saya berbual dengan seorang rakan ni. Saya cakap la semua produk yang saya cuba semua tak berkesan. Tak tahu apa puncanya. Dia cakap, " mungkin produk muka yang kau pakai tu bagi efek dekat bibir. Macam pencuci, krim atau bedak."
Tiba-tiba baru saya teringat, saya dah pakai BB Cream Stick ni dah lama sangat. Lepas habis matrik rasanya. Kalau nak kata pencuci muka, saya kalau bab produk muka lain ni jarang sangat pakai, pemalas sikit.
Buat masa sekarang, saya dah berhenti pakai BB Cream Stick ni dulu. Padahal saya baru ja beli yang baru ( sedihnyaaa ). Kalau tak silap dah lebih 2 minggu saya berhenti, sekarang saya hanya pakai Dermal lip balm untuk sebelah malam dan lip ice ketika keluar.
Sukacita dimaklumkan bibir saya dah tak mengelupas dan merekah. Saya berjaya kenalpasti punca masalah bibir saya.
Kesimpulannya bukan semua masalah bibir kering berpunca daripada kurang minum air atau pelembab bibir. Tetapi hendak diingatkan, lain orang lain caranya. Mungkin ada orang yang sesuai dengan semua produk.
Saya setuju tentang membasahi bibir dengan air liur adalah salah satu punca kerana bila kita pakai pelembab bibir, kita akan kurang menjilat bibir. Itu membantu pelembapan.
Kepada yang pernah mengalami dan berjaya atasi masalah ini, komen sikit pengalaman korang ( >.<)
4 comments:
Wahh byaknya produk yg dipakai..
sy pun ada masalah bibir kering juga .. mungkin lepas nie sy nak cuba pakai Dermal tu pula
sama masalah .saya alami sejak zaman sekolah lagi.sekarg dh 27 tahun, masih lagi sama terutamanya bila aircon.pendek kata tak boleh duduk tempat ber air cond.
Assalamualaikum sis..berkenaan mslah bibir sis sye suggestkan sis try LAUREL.member saya ad mslah bibir menggelupas n kering sebab salah pakai produk..masalah bi ir dia sampai kluar biji air bisa kat sekitar bibir.lepas tu ye hanya pakai vaseline..3 buln lepas die stat pakai LAUREL.alhamdulillah biji air bisa dh ilang n bibir kering die pon dah xde.
Assalamualaikum sis..berkenaan mslah bibir sis sye suggestkan sis try LAUREL.member saya ad mslah bibir menggelupas n kering sebab salah pakai produk..masalah bi ir dia sampai kluar biji air bisa kat sekitar bibir.lepas tu ye hanya pakai vaseline..3 buln lepas die stat pakai LAUREL.alhamdulillah biji air bisa dh ilang n bibir kering die pon dah xde.
Post a Comment