Friday, 23 December 2016

Sunday, 25 September 2016

Mahasiswi

Assalamualaikum...

Cekelat dah bergelar mahasiswi USM . Yeahhh ! Apa yang Allah dah atur untuk kita tu semestinya ada hikmah disebaliknya. Perancangan Allah adalah yang terbaik.  Ada hikmahnya cekelat tak dapat masuk UPSI tapi berada di Pulau Pinang lagi . Alhamdulillah for everything .

   Pada awalnya, cekelat nak post pasal minggu orientasi, tapi dah terlalu sibuk. Sekarang dah masuk minggu ke 4 berada di USM.  So far so good.  Nice lecturers. Nice seniors. Nice new friends.

   Cekelat ingat akan turun beberapa kilo disebabkan minggu orientasi yang banyak naik turun bukit . Tapi berat masih maintain jaa.. hahahaha

  I want to be active blogger again . So I will update my life here.  Sebelum terlupa, Happy World Pharmacist Day !! to all pharmacist and pharmacist to be ..

   Cekelat minta farmasi tak dapat sebab masa spm bio lemah.  Hehehe.. stay tuned.

Friday, 12 August 2016

Welcome to Degree Life !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah . Kalau ada baca post yang lepas. Aku dapat tawaran dari USM dan UPSI . Aku pilih USM - sains komputer .

Tak berjodoh lerr kite dengan UPSI.  Semoga apa yang dipilih adalah yang terbaik untuk masa depan .

Macam biasalah bila nak masuk ke alam baru, tempat baru.. mesti banyak nak kena prepare kan ? First of all, yang paling penting.. selesaikan dulu yuran pendaftaran dan buka akaun bank rasmi universiti masing-masing .

Untuk USM, bank rasminya Bank Islam . Alhamdulillah aku dah settlekan urusan bank ni tadi. Keluar dari pagi, petang baru balik. Mula dengan beli no. Pin ptptn di BSN.  Berjalan ke Bank Islam buka akaun dan bayar yuran . Berjalan lagi ke pejabat ptptn buka akaun sspn.  Lepas tu, makan !  Hahaha

Memang letih la.. tapi berbaloi bila siapkan urusan-urusan penting ni awal-awal. Jadi tinggal nak beli barang-barang sikit . Lagipun, barang yang guna masa matrik dulu ada lagi. Tak banyak sangat la nak tambah .

InShaaAllah aku akan bergelar mahasiswi USM pada 28 Ogos ini .

*Apa yang bestnya tadi.. bila dah letih berjalan mula la nak cuci mata . Jadi aku masuk kedai vantage ni. Memang semua barang comel-comel . Aku pun tersambar tin-tin comel ni . Hehehe

Monday, 8 August 2016

USM or UPSI ?? (UPU Result)

Assalamualaikum semua..
Yeahh I know. Dah berkurun tak update blog. Rasa macam penganggur tersibuk di Malaysia. 

Back to the topic. Semua orang tahu hari ni 8 Ogos 2016, tarikh hebahan keputusan UPU/USM/UM . Aku tak kecewa sangat sebenarnya tapi lebih kepada keliru sebab aku ada dua pilihan. Lain la masa nak pilih antara diploma atau matrik tahun lepas. Aku hanya dapat tawaran ke matrik, so tak payah nak pening kepala fikir nak pergi mana. Walaupun, aku ada dapat jugak second intake diploma. Aku tetap teruskan pengajian di matrik.

Keputusan hari ni :
USM - IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEPUJIAN)
UPSI - IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN PERISIAN (PENDIDIKAN)

Aku sangatlah beruntung sebab kedua-dua ni pilihan pertama. Tapi hakikatnya, aku masih tak boleh buat keputusan. Rasa macam kedua-dua course ni lebih kurang jaa..Mak ayah sebenarnya suruh pilih yang dekat-dekat ja. Aku rasa diorang sokong kalau aku pilih USM . Aku masih berbelah bahagi . 

Kepada pembaca yang sudi, boleh bagi cadangan ? atau mungkin ada senior dari kedua-dua course ni ??

Dan kepada yang sebaya, kongsilah korang dapat kat mana ?