Thursday, 19 January 2017

Cath Kidston Online Shop : Cynas Shoppe

Assalamualaikum...

Kalau ada baca post saya sebelum ni, saya ada cakap akan buat online shop . Alhamdulillah saya dah mulakan online bussiness di instagram.



Cynas Shoppe ada jual backpack, purse , sling bag, handbag, tote bag dan ada lagi yang lain. Sesuai sangatlah dengan status sebagai seorang pelajar ni kan. Macam-macam saiz dan macam-macam harga ada. Boleh pilih yang mana suka. Macam mana nak dapatkan ? 

FOLLOW DI INSTAGRAM :


Bagi backpack, kalau beli 3 backpack dapat free postage . Jadi, ajaklah kawan-kawan yang lain kumpul beli order sama-sama. Kan jimat... heheheh

*Kepada sesiapa yang nak buat giveaway dan memerlukan sponsor, boleh DM saya di akaun IG tersebut. 

Friday, 13 January 2017

Throwback Semester Pertama


Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah seminggu habis final exam, dah seminggu balik kampung.. hehehe.. So, nak throwback sikit beberapa program sepanjang semester ni.. 

     Pertama sekali, wajiblah bagi first year student untuk join pertandingan sorakan or cheers . Pertandingan ni berdasarkan desasiswa masing-masing. Di USM, hostel kat sini digelar desasiswa (fyi).. Sempena sambutan kemerdekaan juga, kami jadikan formasi bentuk sehati sejiwa seperti dalam gambar. Walaupun terpaksa jerit masa sorakan dalam hujan pulak tu, tapi pengalaman yang istimewa la.. 



    Seterusnya pengalaman yang paling special dan tak dapat dilupakan ialah MENARI . Bayangkan, badan yang tak pernah lemah lembut kena menari. Memang kekok .. Sebenarnya, ini adalah kerja kursus bagi subjek Hubungan Etnik (SHE101). Selain diberi tugas untuk menyediakan kertas cadangan dan laporan, kami juga mesti mempersembahkan tarian tradisional yang dipilih. Event ni dibawah Pusat Pengajian Sains Komputer. Walaupun tiap-tiap malam kena tidur lewat untuk berlatih menari, tapi bila dah kenal dan rapat dengan ahli kumpulan masing-masing, dah rasa macam keluarga, macam adik beradik. Maklumlah tiap-tiap hari menghadap muka yang sama. 



     Banyak lagi event yang menarik semester ni, Cuma nak kongsi beberapa saja.. Ok ni sebelum study week. Dah sampai penang memang rugi la kalau tak pergi sini. Pesta Pulau Pinang. Bagi yang taktau, pesta penang ni dekat ja dengan USM Induk . Kalau naik grab car, RM5 saja kalau tak silap. Memang banyak game yang lasak. Tapi kadang-kadang ada yang pergi nak 'cuci mata' saja.. Release tension sebelum exam. 


Gambar ni dari atas game Euro Wheel.

Hanya sekadar perkongsian. In Shaa Allah sepanjang cuti semester ni, saya akan berjinak-jinak dengan bidang online business. Doakanlah ya.. 

Sunday, 1 January 2017

WELCOME 2017 !

Assalamualaikum..


Source : google.com

Selamat Tahun Baru semua !! Semoga pada tahun kali ini, tiada lagi azam yang tertunggak. 
Pada mulanya, saya ingat nak update blog selepas habis final exam, tapi rasa macam tak best pula kalau tak mula pada 'first day of 2017' .. cewaahh.. hahaha

Saya tahu banyak benda mencabar akan datang pada 2017 ni. Contohnya, umur dah masuk angka 2 kat depan. Dah hilang perkataan 'teen'. Siapa geng ?

Anggap ini pembukaan bagi blog ni sempena tahun baru.
Doakan saya untuk final exam. Tinggal lagi 3 paper dan akan tamat dalam minggu ni juga. 
Saya juga doakan semua pelajar yang final exam sekarang, semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga dapat CGPA yang dapat membanggakan ibu bapa dan diri sendiri.
Good Luck ! See you soon...