Friday, 13 January 2017

Throwback Semester Pertama


Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah seminggu habis final exam, dah seminggu balik kampung.. hehehe.. So, nak throwback sikit beberapa program sepanjang semester ni.. 

     Pertama sekali, wajiblah bagi first year student untuk join pertandingan sorakan or cheers . Pertandingan ni berdasarkan desasiswa masing-masing. Di USM, hostel kat sini digelar desasiswa (fyi).. Sempena sambutan kemerdekaan juga, kami jadikan formasi bentuk sehati sejiwa seperti dalam gambar. Walaupun terpaksa jerit masa sorakan dalam hujan pulak tu, tapi pengalaman yang istimewa la.. 



    Seterusnya pengalaman yang paling special dan tak dapat dilupakan ialah MENARI . Bayangkan, badan yang tak pernah lemah lembut kena menari. Memang kekok .. Sebenarnya, ini adalah kerja kursus bagi subjek Hubungan Etnik (SHE101). Selain diberi tugas untuk menyediakan kertas cadangan dan laporan, kami juga mesti mempersembahkan tarian tradisional yang dipilih. Event ni dibawah Pusat Pengajian Sains Komputer. Walaupun tiap-tiap malam kena tidur lewat untuk berlatih menari, tapi bila dah kenal dan rapat dengan ahli kumpulan masing-masing, dah rasa macam keluarga, macam adik beradik. Maklumlah tiap-tiap hari menghadap muka yang sama. 



     Banyak lagi event yang menarik semester ni, Cuma nak kongsi beberapa saja.. Ok ni sebelum study week. Dah sampai penang memang rugi la kalau tak pergi sini. Pesta Pulau Pinang. Bagi yang taktau, pesta penang ni dekat ja dengan USM Induk . Kalau naik grab car, RM5 saja kalau tak silap. Memang banyak game yang lasak. Tapi kadang-kadang ada yang pergi nak 'cuci mata' saja.. Release tension sebelum exam. 


Gambar ni dari atas game Euro Wheel.

Hanya sekadar perkongsian. In Shaa Allah sepanjang cuti semester ni, saya akan berjinak-jinak dengan bidang online business. Doakanlah ya.. 

No comments: