NM FORLOVES LEGACY

Thursday 27 July 2017

Rawat Kulit dengan Jorubi Aloe Vera Gel

Assalamualaikum dan haii..

Sejak dari matrik sampai dah masuk degree, masalah tona kulit muka tak sekata ni dah macam sebahagian dalam hidup. Sebab pergi kelas jalan kaki dan saya jenis yang tak suka pakai payung. Bagi saya payung tu untuk hujan lebat ja. Hujan renyai-renyai pun saya sanggup redah ja. Punyalah pemalas nak pegang payung. Jadi kulit muka pun mula berbelang-belang. Yang lawaknya, bagi kita yang bertudung, muka separuh gelap, separuh cerah . Haa siapa ada masalah macam saya ni ?? Kenyit mata sikit !

     Bagi mengatasi masalah sunburn and suntan ni atau terbakaq panas ( orang utagha kata ) , kita selalu dikaitkan dengan Aloe Vera kan?



       Saya pernah cuba satu jenama aloe vera gel ni yang pernah terkenal masa tu ( dalam masa terdekat ni jugak ) dengan pelbagai peratus yang ada . Disebabkan terlalu banyak di pasaran, sampai ada yang fake dan susah juga kalau tak dapat nak bezakan yang mana ori dan palsu ni. Elok ja nak sekatakan kulit, lain pulak jadinya.. Jadi, saya beli la satu dari Shopee kalau tak silap. Saya kerap juga pakai setiap malam, tapi langsung tak memberikan kesan apa-apa. Cuma rasa sejuk la dan kulit rasa lembap. Tapi saya tak puas hati sebab saya nak tona kulit sekata. Walaupun masih banyak sebab bekas besar dia tu, saya tetap nak ari pengganti. Lepas tu, saya cuba cari yang lain. scroll twt_kecantikan . scroll dan scroll lagi.


     Tiba-tiba .... jeng jeng jeng .. hahaha .. saya ternampak ada orang cakap yang dia guna aloe vera brand ni ..


sumber : google

      Saya pun pergi cari dekat watsons. Saya tak jumpa yang 100 % pure gel ni . Dan disini lah bermulanya bibit bibit cinta terhadap Jorubi . 

     Tak dapat yang 100% pun tak apa lah. Jorubi ni dah 99% Pure . 

Description :

can be used as moisturizer, or as a general first-aid agent to soothe, promote healing and bring relief to the following conditions : pimples/acne , ulcer ( including mouth ulcer ), strecthmarks , rashes , minor burns ( including sunburn ) , bruises, cuts/abrasions and insect bites.

Saya tak pernah cuba letak pada ulcer lagi. Tapi saya ada terbaca, ada seseorang ni cuba letak kat lidah dan dia cakap gel ni rasa manis . hehehe...


Kalau di watsons, boleh dapatkan dengan harga RM26.50 untuk 40ml . Ada lagi satu yang besar sikit, 120ml kalau tak silap. Sebenarnya Jorubi ni ada lagi produk lain, boleh check dekat website . Dekat watsons, saya nampak yang ni ja. 


Aloe Vera Gel ini sangat membantu dalam mengecutkan jerawat. Terutamanya jerawat yang baru nak tumbuh. Bila pakai gel ni tiap-tiap malam. Dalam 2-3 hari, terus tak jadi keluar jerawat tu. Ia juga memberi kesan kepada tona kulit saya dengan memudarkan kesan berbelang-belang tu. Lama-kelamaan, saya jadi jatuh cinta dengan dengan gel Jorubi. Sekarang, dah masuk botol kedua. 


Semasa saya prgi beli botol kedua ni, kebetulan ada stok gel 100% tu, dan harganya lebih murah berbanding Jorubi. Tetapi saya dah angau dengan Jorubi. Saya setia dengan Jorubi. Aloe Vera juga bagus digunakan sebelum memakai solekan. Saya dah cuba. Mungkin dapat mencegah daripada sunburn lagi.


Jangan risau takut nanti bedak ke foundation ke bercapuk sebab gel ni pakai sekejap ja, serap cepat. Jadi, kita takkan rasa melekit-lekit kat muka.


i know, some of you will say " Tak payah beli la.. Pakai ja lidah buaya kat rumah tu, natural beauty. semula jadi. "
Tetapi berapa ramai yang buat macam tu? Tak dinafikan, zaman sekarang semua orang nak benda yang mudah. Fikirlah yang duduk asrama ke, mana dia nak cari pokok lidah buaya. Baik dia beli ja.


Satu lagi yang saya nak kongsi . Panjangnya post kali ni.. hahaha. 
my current face scrub .


Walaupun ni botol pertama saya, tapi saya dah sukakan scrub ni. Pakai 2 kali seminggu . Lepas scrub tu, rasa macam bersih ja muka. Plus , bau green tea dia best.


p/s : Post ini bukan iklan berbayar. Ini pengalaman dan kegemaran yang saya nak kongsikan. Saya juga bukan pakar dalam bidang ini . Terima kasih sudi baca sampai habis :)



Tuesday 11 July 2017

Mini Giveaway : Duit Raya



Klik banner untuk join sekaki :)



Thursday 6 July 2017

Giveaway Nurul & Friends




                                                    DUE DATE : 3 JULY 2017 - 31 JULY 2017

SIMPLE MOIST CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum dan hai..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN . 
Hari baru sempat nak update blog . Sibuk dengan raya kan. Mood raya korang macam mana ? Masih meriah atau dah gulung karpet simpan almari ?? hahaha..
Disebabkan cuti semester sekarang sampai bulan September, jadi raya saya masih raya sakan lagi la.. Masuk minggu ke dua, mesti kuih raya semua dah nak habis kan? tetapi tetamu masih datang beraya . Selain hidang air kopi tu, boleh lah rajinkan diri buat kek untuk hidangan tambahan . Saya tahu banyak sangat resepi yang ada kat internet ni tapi tak semuanya menjadi. Saya juga suka cuba semua, tengok mana yang menjadi. 

Hari ni saya nak kongsi resepi mudah daripada sepupu saya. Resepi ni saya guna cawan kopi biasa ja.




RESEPI KEK COKLAT LEMBAB

Bahan-bahannya :

1 cawan serbuk koko (saya kurangkan sikit takut pahit)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat ( tambah sikit kalau suka manis, sikit je)
2 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya :

1. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
2. Masukkan gula halus dan telur dalam mangkuk. Kacau sampai sebati.
3. Masukkan esen vanila. Masukkan lagi susu pekat, susu cair. Gaul sampai sebati.
4. Masukkan bahan kering yang dah diayak tadi. serbuk koko dan tepung gandum sedikit demi sedikit.Gaul rata.
5.Akhir sekali, masukkan minyak. kaup bagi rata . 
6. Tuangkan adunan dalam dulang dan bakar selama 30 minit pada suhu 160' (bergantung pada oven masing-masing)

Resepi ni juga boleh guna untuk kukus.

Topping coklat :

2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar marjerin atau minyak masak
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung

Masak semua bahan atas api (tak perlu double-boiler) sehingga pekat. Adjust rasa, tambah ja apa yang perlu tambah untuk bagi rasa tu kena dengan selera masing-masing..hihi


Selamat mencuba !