NM FORLOVES LEGACY

Saturday 7 December 2019

BLACK - Adaptasi K-Drama

Assalamualaikum..

Kepada peminat-peminat Korean Drama, mesti dah tengok kan Drama Black ni. Drama ni ditayangkan pada tahun 2017 dan dibintangi  Song Seung-heonGo AraLee El dan Kim Dong-jun. Saya bukanlah peminat tapi saya suka dengan plot, jalan cerita drama-drama korea ni. 
Sebelum judge apa-apa, saya nak tegaskan saya juga peminat filem tempatan, jangan risau hahaha. Maaf saya kurang mengenali nama-nama pelakon, saya kenal Lee Min Ho ja. haha


Drama Black, fantasy-thriller ni mengisahkan detektif yang dirasuk oleh "malaikat maut" yang terpaksa turun bumi sebab nak cari kawan dia tapi terjatuh cinta dengan manusia yang boleh nampak bayangan malaikat maut ni. Allahu ini cerita fantasi ya adik-adik. Sepanjang dia mencari tu,mereka melanggar banyak peraturan, kisah pembunuhan 20 tahun lepas terbongkar. Korang semua kena tengoklah untuk tahu apa yang terjadi 20 tahun lalu, bolehkah percintaan tu diteruskan?

Apa yang best tentang drama 18 episod ni, banyak plot twisted. Kita jangkakan scene macam lain tapi lain yang terjadi. Really recommended. Ada comedy scene yang boleh terima dek akal jugak. i'm okay with it.

Back to the main content of this post. Mestilah takkan tiba-tiba nak excited cerita pasal drama korea ni.

Drama Black versi Melayu dilakonkan oleh Kamal Adli, Siti Saleha dan ramai lagi dan ditayangkan 17 Disember ini di Viu Malaysia. Katanya, watak malaikat maut diubahsuai sebagai bunian. Kita nantikan macam mana pulak versi kali ni disebabkan drama ini hanya 8 episod daripada 18 episod.




Saya yakin semua peminat pun tak sabar nak tengok. Yang dah pernah tengok tu, komen la sikit pendapat korang macam mana pula ? 

p/s: Maaf untuk banyak penggunaan bahasa rojak untuk post ini. :)

No comments: